Jatuh Cinta...
Ianya satu fitrah yang dilalui oleh Sang Adam ataupun Hawa.
Namun cara pengurusan fitrah itu amatlah penting bagi memastikan fitrah tersebut tidak tercemar dengan mudahnya.
Macam mana nak buat kalau suka pada seseorang?
Allah sangat mengerti hati kecil kita ini.
Jadi banyakkanlah berdoa kepada Sang pemilik segala cinta di muka bumi ini.
Doa agar didekatkan hatinya dengan kita dan seandainya dia bukan jodoh kita, tabahkanlah hati ini dan gantinya yang lebih baik untuk diri..
cubalah sedayanya untuk memendam perasaan tersebut dan berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut kerana jodoh juga perlunya kepada usaha.
Namun usaha yang paling diredhai Allah amatlah didambakan.
Tidak salah juga bagi muslimah untuk berusaha mendapatkan jodohnya sendiri, memilih imamnya untuk membimbingnya ke syurga Allah..
Istilah perigi mencari timba harus dibuang dalam skop minda kita namun sikap terhegeh-hegeh serta tergopoh gapah amatlah kurang sopan.
kerana kita tahu sikap gopoh itu sebahagian dari syaitan.
Jadi, untuk mengurusnya, minta pertolongan Allah dalam membuat segala keputusan dengan istikharah.
Jodoh milik hakiki Ilahi
Salam bermujahadah :)
No comments:
Post a Comment