mood comel untuk blog



Friday, 19 April 2013

Cinta itu amanah


Assalamualaikum..

Cinta itu sememangnya amanah dari Allah..
Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.

kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:


  • Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.
  • Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka.
  • Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah!
  • Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar!
  • Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.
Allahumma solli a'al Muhammad =)

Agungnya Kalamullah



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat Islam dan Iman.

Sahabatku sekalian, tahukah kenapa perlunya kita membaca dan memahami Al-Quran?

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkan kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai panduan hidup yang diredhaiNya. Bukannya sekadar buku biasa yang dijadikan perhiasan-perhiasan dalam rak-rak.



Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang bertaqwa,pembeza antara yang benar dan salah,cahaya yang menerangi segenap manusia,roh kehidupan dan kunci kemuliaan.

 

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengan al-Qur’an Allah) keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahayayang terang-benderang dengan izin-Nya; dan (dengan al-Qur’an Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [al-Maidah 5:15-16]


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]

Setiap ayat yang Allah turunkan mengandungi mesej-mesejnya tersendiri. jika dihayati nescaya kita akan mengetahui betapa besarnya anugerah Al-Quran itu sendiri.


Allah.Allah.Allah..


Kau berikanlah kepadaku kekuatan untuk menghayati dan dapat jadikan Al-Quran sentiasa di hatiku. jadikanlah aku di antara hambaMu yang mengingati Al-Quran.

Sama-samalah kita cuba untuk memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam Al-Quran.



kat sini ada link tafsir Ibnu Kasir. Jika tidak diberi kekuatan untuk membacanya sekarang, insyaAllah sama-samalah kita doakan agar kita diberikan kekuatan untuk membacanya walaupun satu ayat yang ditafsir..