mood comel untuk blog



Monday, 3 December 2012

Mahligai Cinta Suci




Alhamdulillah, masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk saya conteng2 kat ruangan ini untuk manfaat kita bersama.


Renungkan kata-kata Prof. Dr. Hamka :

“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus , tumbuhlah kedurjanaan, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”


Apa yang dapat kita fahami daripada kata-kata di atas? Sebenarnya cinta itu adalah fitrah yang ada pada diri setiap manusia itu. Jika tiadanya cinta maka kita tidak akan mengenal Pencipta, tanpa cinta kita tidak akan mencintai Baginda Rasulullah dan tanpa cinta mungkin kini manusia akan saling melakukan pemberontakan antara satu sama lain. Jadi cinta itu adalah anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya sebagai wadah dalam mendekatkan diri dan mengabdikan diri kepadaNya.


Persoalannya kemanakah kita membawa bahtera cinta ini? Adakah di jalan yang diredhai ataupun sebaliknya?




Mungkin tidak asing bagi kita pada hari ini, apabila kita bicara tentang cinta. Ada satu lagi istilah yang amat berkait rapat dengan cinta iaitu COUPLE. Ramai remaja kita dibuai oleh khayalan cinta murahan ini (COUPLE). ‘Aku cinta padamu!’ , ‘Akan ku redah lautan badai dan aku renangi lautan berapi!’ dan banyak lagi ungkapan manis yang acapkali dilontarkan apabila seorang uda dan dara dibuai khayalan cinta murahan ini. Tetapi adakah mereka sanggup lakukan segala apa yang diperkatakan? Tepuk dada, gegar minda kita agar tersingkap khayalan yang dek bermain di ruang legar minda kita saat ini.



Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud,

”Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Jelas dalam ayat di atas telah menerangkan bahawa Allah melarang hambaNya dalam menghampiri perbuatan zina ini. Untuk menghampiri zina telah haram apatah lagi untuk kita melakukannya. Adakah kita berani melanggar perintah Pencipta kita iaitu Allah SWT ini? Sedangkan Dia-lah yang telah mencipta kita tetapi kita ingkar akan perintahNya. Kita telah melakukan kezaliman kepadaNya dengan mengingkari perintahNya. Adakah ini balasan kita kepada Allah SWT yang telah mencipta kita selama ini?


Budaya COUPLE yang rancak dipraktikkan oleh golongan remaja hari ini merupakan suatu budaya yang bertentangan dengan fitrah dan tidak berlandaskan syariat Islam. Cuba kita imbas kembali kata-kata Dr. Hamka di atas, jika cinta itu jatuh di tanah yang tandus maka banyaklah perkara-perkara yang tercela akan berlaku. Kenapa ini semua berlaku? Dek kerana cinta itu tidak diberkati oleh Allah dan tidak terarah kepadaNya. Majoriti remaja kita pada hari ini, dengan tiadanya sifat malu dalam diri dengan penuh bergaya melakukan aksi-aksi dan perlakuan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.


Mungkin keseronokan ini dapat dirasakan tetapi ketahuilah bahawa keseronokan ini bukanlah untuk selamanya kerana azab Allah pasti tiba apabila kita telah murka dengan PerintahNya.






Kini satu lagi fenomena yang berlaku ialah ‘COUPLE ISLAMI’ yang semakin popular dalam kalangan remaja. ‘Kami couple ustaz tapi kami tak pernah pegang apatah lagi melakukan benda yang haram!’ Inilah ayat yang acapkali dijadikan sebagai alasan dalam menghalalkan COUPLE ini. Seperti yang telah saya terangkan di atas iaitu, Allah melarang kita untuk mendekati zina. Mungkin pada peringkat awal kita mengatakan bahawa kita tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kita perlu sedar bahawa syaitan mempunyai 1001 helah dalam menyesatkan dan membawa kita ke kancah kemungkaran ini.


Adakah kita seorang yang teguh imannya? Sudah tentu tidak. Tiada sesiapa yang teguh imannya seperti Rasulullah SAW dan juga para sahabat Baginda. Jadi tidak mustahil jika kita juga akan hanyut dibuai khayalan cinta murahan ini. Renungilah kata-kata daripada tokoh ilmuwan Islam ini,


“Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu belaka, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.” (al-Farabi)
Cinta yang HAKIKI ialah cinta itu dibawa menuju Allah SWT semata-mata dan demi mengharapkan keredhaanNya sahaja. Tiadanya istilah COUPLE dan tiadanya istilah cinta sebelum kahwin kerana cinta selepas kahwin itulah yang terbaik dan diredhai oleh Allah SWT. Seperti cinta Muhammad Ibn Abdullah dan juga Saidatina Khadijah bt Khuwailid yang mana mereka membawa bahtera cinta ini ke jalan Ilahi dan akhirnya cinta itu diredhai oleh Allah SWT.


                                



Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam budaya COUPLE ini, seeloknya berhenti dan keluarlah daripada kepompong maksiat yang membelenggu kehidupan anda kerana tiada keberkatan dalam kemaksiatan. Andai anda benar mencintai dirinya maka binalah suatu mahligai cinta yang berlandaskan syariat dengan berkahwin dan jadikan dirinya sebagai isteri ataupun suami kerana hanya cinta yang diredhai Allah SWT sahaja akan membawa kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Andai diri terasa belum mampu untuk berkahwin maka bersabar dan berpuasalah demi mengekang hawa nafsu yang bergelojak dalam diri. Dan selalulah memohon daripada Allah SWT agar diberikan hidayah dan rahmat kepada kita dalam membina mahligai cinta yang ABADI.


Akhirul kalam untuk kali ini, renungilah kata-kata ahli sufi ini,

“Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan.”

Jangan ditagihkan cinta manusia,
Kelak jiwa akan merana,
Tetapi tagihkan cinta Ilahi,
Kelak selamat duniawi dan ukhrawi. 
Indahnya cinta jika dibina atas landasan Islam,
Indahnya cinta jika disemai dengan kemanisan Iman,
Indahnya cinta jika dituju kepada Pencipta.


“Cinta itu ibarat permata yang indah dan sukar dicari, ianya memerlukan mujahadah dalam mengggapai mahligai cinta yang abadi.”

berubah dan mengubah



“Mah, dah lama kita berkahwin kan? sebenarnya abang teringin sangat kita berubah ke arah yang lebih baik, abang teringin sangat lihat isteri yang abang sayang ni menutup aurat dengan sempurna” luah Ajib kepada isterinya, Semah.


“hmm, InsyaAllah abang, saya pun sebenarnya teringin juga tidak lagi dedah rambut saya, saya tak nak lagi pakai selendang nampak jambul – jambul ni, saya teringin sangat pakai tudung labuh.. saya lihat muslimat – muslimat yang pakai tudung labuh ni,, sejuk hati saya melihatnya.. semoga abang terus di belakang saya ya untuk support saya melakukan hijrah ini ya.”, balas Semah.




“Alhamdulillah, sejuk hati abang mendengarnya. InsyaAllah, abang akan support. Bak kata hlovate, changing for good is not a sin. Bukan apa, sebab haritu, abang pergi kuliah ustaz Azhar. Ustaz Azhar cakap, selalunya orang perempuan yang belum menutup aurat tu mereka bagi alasan ‘tak sampai seru lagi’, padahal dah banyak seruan Allah bagi kat dalam al Quran dan Hadis yang kita wajib tutup aurat, antaranya..

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)”


“InsyaAllah abang, terima kasih nasihat saya, saya mahu jadi isteri yang solehah untuk abang, saranghaeyo !” Semah tersenyum.


“saranghaeyo? wah isteri abang speaking bahasa korea plak ka?haha” Ajib tersengih melihat gelagat isterinya itu sambil mencubit pipi isteri kesayangannya itu.


“ouch sakit lah ! ingat kita ni muda lagi bang? Dah tua dah, rambut pun dah beruban dah. Hehe”,


“umur je tua, tapi kasih sayang abang kat semah still muda tau. Cewah. Hihi”, usik ajib.


“romantik jugak suami saya ni ye. Abang, i love the way you love me”, luah Semah sambil pipinya menjadi kemerah – merahan. Malu.


“I love u too. hihi. hmm lagi satu kan, aritu ustaz jugak cakap, seorang suami yang biarkan isterinya dan ahli keluarga di bawah jagaannya mendedahkan aurat dan bergaul bebas melanggari syarak, lelaki tu adalah lelaki yang dayus. Abang time dengar tu, terasa sangat, abang rasa abanglah lelaki yang dayus tu.. sebab selama ini abang biarkan je isteri dan anak – anak abang dedahkan aurat dan bergaul bebas. Abang malu sangat dengan diri abang, abang malu dengan Allah. Pastu ustaz cakap lagi, kalau kita benar – benar sayangkan orang yang kita sayang, kita kena pastikan orang yang kita sayang tu ikut perintah Allah, kerna bila kita ikut perintah Allah, InsyaAllah barulah kita dapat berkasih sayang sampai ke syurga. sweet kan sayang kalau kita dapat berkasih sayang hingga ke syurga, barulah love forever-rever namenye kan.? huhu.”


“yup, sweet sangat bang.. doakan selalu ya kita dapat bersama berkasih sayang hingga ke syurga ya !. biarlah masa lalu tu kita tenggelamkan dengan taubat kepada Allah ye bang, moga Allah ampunkan dosa kita dan menerima taubat kita. Amiin”


“InsyaAllah, amiin.”


“Abang, dah nak pilihanraya ni.. kalau ikut abang, abang nak pilih yang mana?” soal Semah pada suaminya.


“Hm, mah tanya abang ea, abang teringat pesan Ustaz Tuan Ibrahim , kita nak pilih pemimpin kena macam cara kita nak pilih orang jadi imam dalam solat jemaah kita. Selalunya orang yang kita pilih untuk jadi imam kita tu mestilah yang kita yakin baik akhlaknya, alim, warak, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Macam itu jugalah kita nak pilih pemimpin kita untuk negara kita. Then, imam yang dalam solat jemaah tu nak pimpin kita 5 hingga 7 minit ja pun kita pilih yang betul – betul berkualiti hubungannya dengan Allah, tak kan nak pilih pemimpin untuk negara kita untuk masa 5 tahun kita pilih yang cacamerba sahaja akhlaknya, yang tidak jujur, yang tidak bertanggungjawab, kan?. kalau pemimpin kita tu, secara terbuka slamber je bersalam dengan orang yang bukan mahram padahal dia tahu itu suatu dosa, layakkah kita panggil dia warak? Di depan orang ramai pun dia sudah menunjukkan ketidaktaatan kepada Allah, apatah lagi di belakang orang? Kan?.


“ hm, betul juga kata abang tu kan.” Semah mengangguk.


“ Pemimpin ni abang analogikan sebagai pemandu kita dalam suatu perjalanan yang amat jauh. Bila pemandu yang kita harapkan tu sendiri tak tahu hala tuju perjalanan kita, selalu je sesat dan bawa kita keluar dari jalan yang benar walaupun kita dah banyak kali tegur tapi tetap macam tu juga lebih baik kita cari pemandu yang baru, pemandu yang lebih baik, yang tahu memandu kita ke hala tuju kita yang sebenar. Nak senang cerita, kita tukar jela pemandu yang menyesatkan kita tu. kita pun InsyaAllah akan selamat. Setuju tak mah?”


“ setuju, abang, i love the way u talk. Hehe.”


“ alhamdulillah. Okeylah, dah larut malam ni, jom la kita tidur.”


“ Okey jom, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini abang”


“InsyaAllah sayang. maafkan segala kesalahan yang abang telah lakukan ya selama ini.”


“okey je. Semah pun mintak maaf juga k.”


“Okey”


ZzzzZZzzzzzzzzzz.

**************************************************

p/s : Segala watak dalam kisah rekaan ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.


Jom berubah dan mengubah