mood comel untuk blog



Thursday, 22 November 2012

Seharum Kasih Sahabat Lillah

Assalamualaikum..

sejauh manakah seseorang sahabat itu bergelar sahabat?

Rasulullah pernah bersabda : 
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Sebaik-baik sahabat ialah "Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT."

Jikalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Andai bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Sekiranya kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Apa yang terlupa, dia akan mengingatkan.

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


bersyukurlah kita sekiranya detik ini kita telah dianugerahkan sahabat yang semtiasa mengingatkan kita kepada Rabbul Alamin. =)
Hargainya sebaik mungkin kerana bukan mudah untuk mendapatkan seorang insan yang bergelar sahabat ini..




namun janganlah hanya kita mengharapkan kesempurnaan dari sahabat kita semata-mat, tetapi kitalah yang menjadi yang terbaik untuk sahabat kita walaupun tidak seperti Saidina Abu Bakar, yang penting hati yang tulus dalam bersahabat itu sentiasa subur kerana Allah Ta'ala.. =)

ukhuwah sentiasa akan menjadi semanis madu seandainya kerana Allah Ta'ala dan menjadi keruh tautan itu sekiranya kerana keduniaan semata-mata.

Indah ukhuwah keranaNya <3

Sebelum saya akhiri entri kali ini, suka untuk saya kongsikan dengan sahabat-sahabat tentang 12 sifat sahabat sejati menurut Imam Al-Ghazali

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Wallahu a'lam...


Friday, 2 November 2012

Kau selalu untukku

sedarkah bahawa kita selama ini tidak pernah sendiri?
setiap apa perbuatan kita,kita sentiasa diperhatikan..
sedarlah bahawa Allah sentiasa bersama kita,
menjaga kita,
menyayangi kita,
merindui rintihan kita..

tatkala kesedihan menyelubungi diri,
kekecewaan menguasai hati,
kecelaruan memenuhi fikiran,
kegusaran melanda hati,
amarah mengaburi sanubari..
Dia selalu ada untuk kita..
mengadulah padaNya..

di saat ujian melanda,
kesempitan berlaku,
ketahuilah bahawa Allah sangat merindui rintihan hambaNya..
usahlah putus asa dengan rahmat tuhan,
sentiasa perbaiki diri
kerana Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..


dan teruslah mengharap padaNya.

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
[Al-Baqarah 2:186]



doa dan tawakal pada Allah itu adalah senjata utama mukmin..
sentiasalah meletakkan pengharapan kepadaNya..
jadikanlah Allah sebagai tempat pengadu kita yang pertama..


kerana sebetulnya..
dengan mengingatiNya juga jiwa akan menjadi tenang..





wallahu a'lam..